iZOMBiE, rancangan TV 2015 yang dinanti-nantikan akan ditayang buat julung kali di Malaysia. Siri dari pencipta yang sama seperti Veronica Mars bakal dibawa secara ekspres ke Malaysia hanya empat hari selepas tayang perdana di AS.
iZOMBiE, berdasarkan siri komik terbitan DC Comics dibintangi pelakon terkemuka, Rose McIver (‘Once Upon a Time’) sebagai Liv, Malcolm Goodwin (‘Breakout Kings’) sebagai Clive Babineaux, pelakon baru Rahul Kohli sebagai Dr. Ravi Chakrabarti, Robert Buckley (‘One Tree Hill’) sebagai Major Lilywhite dan David Anders (‘Once Upon A Time’, dan ‘The Vampire Diaries’) sebagai Blaine DeBeers.
iZOMBiE mengisahkan Liv Moore (Rose McIver), seorang pengamal perubatan bijak pandai yang bertukar manjadi separuh zombie selepas menghadiri sebuah parti yang tiba-tiba berubah kepada parti penghidangan makanan zombie yang tidak terkawal. Untuk kekal hidup, Liv terpaksa makan otak manusia yang mudah didapati olehnya kerana dia bekerja di pejabat koroner. Namun, memakan otak manusia datang dengan kesan sampingan – keupayaan untuk menyerap memori si-mati. Dengan ini, Liv mula mempunyai bayangan hidup dan penglihatan dari mati si-mati yang membolehkannya membantu pihak polis menyelesaikan pelbagai kes pembunuhan.
Siri TV iZOMBiE ini juga menarik dan berbeza berbanding rancangan zombie yang lain kerana ia wujud di alam semesta dimana semua rancangan dan filem zombie terkini turut wujud. Dengan ini, Liv dapat menyewa pelbagai filem zombie yang digunakan olehnya sebagai panduan untuk mengawal dirnyai dengan baik. Ini juga memudahkan Liv menyesuaikan diri untuk kelihatan seperti seorang manusia yang biasa.
iZOMBiE akan ditayang buat julung kali secara di Malaysia pada Ahad, 22 Mac, jam 9.00MLM eksklusif di WarnerTV HD menerusi HyppTV Saluran 613 dan aplikasi mudah alih ‘HyppTV Everywhere’. Episod baru akan disiarkan setiap Ahad, jam 9.00MLM dan ulangannya setiap Khamis, jam 10.00MLM.