SevenFriday, sebuah syarikat Zürich (Switzerland) secara rasmi ditubuhkan pada Mei 2012 oleh Daniel Niederer, walaupun beliau sudah bekerja dalam pembangunan produk dan jenama untuk lebih daripada satu tahun setengah sebelum pelancaran rasmi. Syarikat itu bermula dengan tiga model jam tangan iaitu P1, P2 dan P3, yang menggunakan bahan-bahan yang berbeza, tetapi pada reka bentuk yang sama.
M2-2
M-Series terkini ini mempunyai sentuhan rose gold. Diilhamkan daripada jentera kilang semasa revolusi perindustrian yang dibuat daripada tembaga dan besi tuang, M2-2 adalah terikat untuk memberitahu masa tanpa jam, minit dan jarum jam kedua. Sebaliknya, lebih kepada interface tujuh lapisan dengan sebelas bahagian digunakan yang membolehkan tiga cakera khas untuk bergerak bebas.
Dikuasakan oleh pergerakan automatik Miyota 8215 yang mempunyai rizab kuasa 40 jam, roda baki terbuka disembunyikan di bawah kemasan opalin, matt dan satin.
Tali jam ini diperbuat daripada brown calf suede leather.
*SevenFriday M2-2 dijual pada harga RM6499.
P3 BB “Big Block”
P3 BB “Big Block” adalah keluaran terhad dengan hanya 350 unit yang diilhamkan daripada punchy American muscle cars pada 1960-an. Matlamat bagi pembuat kereta Amerika adalah untuk memasukkan blocky V8 monsters di bawah hood yang disokong oleh casis ringan dan rangka badan aerodinamik.
Tali kulit hitam memberi sentuhan kemasan dengan pelapik diilhamkan daripada kerusi kereta sporty dari muscle cars.
*SevenFriday P3-BB dijual pada harga RM5388.
Jam tangan SevenFriday boleh didapati secara ekslusif di Red Army Watches – Pavilion KL, Tropicana City Mall, One Utama Shopping Centre, Dapper & Gentry – Gateway@KLIA2, Yee Wah Hing – Bangsar Shopping Center, Hing’s Watch – Jaya Shopping Center, TaiHing Watch – Johor dan Madison – Bangsar Village II.
Untuk info lanjut, sila layari: www.sevenfriday.com, www.youtube.com/sevenfriday atau Facebook – SevenfridayMalaysia