Pembantu juruterbang pesawat malang Germanwings dengan sengaja menjatuhkan pesawat tersebut di kawasan pergunungan Alps selepas mengunci juruterbang dari luar kokpit. Namun demikian, tiada sebarang petanda ia sebahagian daripada kegiatan pengganas, menurut jurucakap rasmi Perancis pada Khamis.
Baca: Terkini – Pesawat Germanwings Terhempas, 150 Maut/
Pembantu juruterbang yang berusia 28 tahun itu sengaja menjunamkan pesawat tersebut, menurut pegawai penyiasatan Brice Robin dalam satu sidang media yang mendedahkan butir-butir rakaman terakhir daripada perakam pesawat tersebut.
Pesawat tersebut dalam perjalanan dari Barcelona ke Dusseldorf yang mengakibatkan seramai 150 orang dalam pesawat malang itu terbunuh.
“Pembantu juruterbang tersebut berseorangan dalam kokpit itu.”
“Dia dengan sengaja enggan membuka pintu kokpit dan dengan sengaja menjunamkan pesawat tersebut,” jelas Robin.
Motif pembantu juruterbang tersebut masih belum diketahui, namun pegawai penyiasat menolak kaitannya dengan aktiviti pengganas.
Pembantu juruterbang itu dikenali sebagai Andreas Lubitz.
Robin berkata, penumpang pesawat malang tersebut tidak menyedari situasi itu sehingga di saat akhir.
“Jeritan tidak kedengaran sehingga di saat akhir,” katanya lagi.
Kesemua enam anak kapal dan 144 penumpang mati serta-merta, tambahnya lagi.
Pembantu juruterbang itu berada dalam keadaan sedar sehingga saat pesawat tersebut terhempas, tambah Robin.
Sumber: astroawani.com