Hari ini, L’Oréal Paris Malaysia meraikan kehebatan wanita dari semua lapisan masyarakat dengan memberikan penghormatan kepada Women of Worth Malaysia, yang diwakili oleh selebriti Nana Mahazan (pengacara terkenal), Nurita Harith (pereka fesyen) dan Tracy Cheong (model dan jurucakap L’Oréal Paris)!
Seorang wanita yang begitu berharga (Woman of Worth) adalah seorang yang menjaga dirinya, menyedari nilai yang wujud dalam kehidupan sendiri dan orang lain, serta menghargai apa yang dilakukannya dan menerima dirinya.
Darren Ho, Pengurus Besar Bahagian Produk Pengguna L’Oréal berkata, “Nana, Nurita dan Tracy merangkumi intipati L’Oréal Paris dengan sempurna — merupakan gabungan kecantikan, kepintaran dan keperibadian, dan sebagai Women of Worth Malaysia, ia juga merupakan penghargaan kepada semua rakyat Malaysia bahawa nilai wanita sebenarnya melebih tanggapan orang atau apa yang dapat dilihat. Dengan Nana, Nurita dan Tracy yang mewakili mereka, kami berharap untuk menggalakkan wanita Malaysia supaya menghargai kecantikan individu mereka, untuk pergi lebih jauh dalam kehidupan dan untuk mencapai potensi sebenar mereka.”
Walaupun kita mungkin tidak menyedarinya, kita mempunyai Woman of Worth kita sendiri yang memainkan peranan besar dalam kehidupan kita. Mereka mungkin merupakan kakak, ibu, sepupu ataupun rakan semasa zaman kanak-kanak. Seorang Woman of Worth yang sebenar menjadi sistem sokongan dan seorang rakan baik yang sentiasa berada di sisi tidak kira apa, dan hubungan ini dihargai sepanjang hayat.
Ketika Nana, Nurita dan Tracy diberi penghormatan sebagai Woman of Worth Malaysia, mereka juga mengambil kesempatan untuk memperkenalkan Woman of Worth mereka sendiri. Nana membawa bersama rakan baiknya, Ira, yang merupakan seorang hos dan ibu, Nurita pula mempunyai ibu saudaranya, Wan Rozeini bersamanya, dan Tracy diiringi oleh Karena Teo, iaitu rakan model dan pelakon.
Bercakap tentang hubungan, tiada apa yang boleh memutuskan hubungan antara seorang wanita dengan gincunya. Gincu adalah lanjutan bagi seorang wanita; ia adalah tanda peribadi, ciuman, pelukan. Daripada segi meraikan keunikan seseorang, cara yang terbaik adalah untuk mempunyai gincu yang sesuai dengan personaliti diri.
Untuk memperingati ulang tahun ke-30, L’Oréal Paris Color Riche menampilkan kesemua 22 warna! Color Riche adalah gincu yang paling ikonik di dunia, kerana terdapat satu warna untuk semua wanita. Dari pelbagai tona merah jambu, ungu, fuchsia, merah, merah oren, dan beige, setiap warna Color Riche menyaluti bibir dengan warna terangnya dan menyuburkan dengan campuran minyak berasaskan tumbuhan.
Sungguh mudah untuk menyayangi diri — hanya pilih satu (atau lebih) gincu Color Riche dan jadikannya warna peribadi anda hari ini. Dengan begitu banyak warna untuk dipilih, Woman of Worth anda sendiri layak memiliki gincu Color Riche untuk menunjukkan betapa anda menghargainya.
Selain itu, L’Oréal Paris juga menjemput semua wanita Malaysia untuk menghormati wanita yang dihargai dalam kehidupan. Hanya hantarkan gambar diri anda dan Woman of Worth anda dan kongsikan kisah anda di L’Oréal Paris Malaysia melalui:
- Facebook (www.facebook.com/lorealparismalaysia), atau
- Instagram (www.instagram.com/lorealparismy) dan hashtag #WOWLOrealParis
Berjanjilah pada diri anda sendiri tahun ini untuk menjadi Woman of Worth. Perkasakan diri, lakukan sesuatu yang baharu. Cuba semua yang anda mahu lakukan selama ini. Juga, jangan lupa untuk menghargai Woman of Worth anda!