Agaknya apa rahsia kecantikan si cantik Lily James? Ternyata ada pelbagai rutin yang perlu dijalani oleh Cinderella ini setiap hari bagi mendapatkan kulit cantik sempurna. Cara Lily sangat simple.
On Base – Cara Lily mendapatkan kulit wajah yang cerah, lembut dan segar. Setiap kali selesai cuci wajahnya, dia akan memakai toner dan moisturizer dan seterusnya rose oil. Lily tidak pernah mencuci wajah lebih daripada 2 kali dalam sehari. “I just want to keep the natural oils,” jelasnya.
Daily Makeup – Tidak memakai bedak asas setiap hari, Lily hanya bergantung kepada moisturizer, maskara dan sedikit blusher untuk tampil segar. Untuk solekan di malam hari, rutin tetap sama cuma menambah gincu merah sahaja.
Beg Mekap – Apa yang ada dalam beg mekap? Lily selalu membawa pelbagai jenis berus mekap, lip balm, maskara, blusher dan shimmer.
Beauty Item She Can’t Live Without – “Adalah sukar untuk memilih salah satu daripada makeup kit yang saya pakai. Tapi saya akan pilih maskara,” jelas Lily.
Kening – Lily mengakui lebih gemarkan kening yang tebal kerana ianya boleh membuatkan wajah jadi lebih tirus.
Sumber : fimela.com