Kami yakin ramai wanita di luar sana yang ingin tampil bergaya dengan selendang chiffon, namun agak keberatan untuk menggayakannya mungkin kerana kain chiffon itu yang agak lembut, disamping tidak tahu cara terbaik untuk mengenakannya. Jadi, hari ini kami ingin kongsikan kepada anda tutorial pemakaian selendang chiffon moden yang diambil dari sumber WOM.my.
Jom tengok!
- Mulakan pemakaian selendang chiffon dengan membezakan bahagian panjang dan pendek. Pastikan bahagian pendek adalah tidak terlalu pendek paras dada anda.
- Ambil bahagian pendek itu tadi dan pinkan ia pada bahagian tepi sebelah kanan.
- Kini, anda mempunyai lebihan selendang chiffon yang panjang pada bahagian kiri anda.
- Lilitkan bahagian kiri tadi ke atas dan pinkan ia dengan kemas. Di samping itu, kemaskan juga bahagian hadapan selendang chiffon sesuai dengan citarasa anda.
Model: Nur Nabeela Binti Omar