Dalam dunia Disney, Cinderella merupakan ikon jelitawan muda yang menawan hati wanita, daripada generasi ke generasi. Cinderella berbuat baik kepada semua orang dan semua di sekelilingnya, dan mengekalkan harapan melalui impiannya. Cinderella percaya ‘di mana ada kebaikan, di situ ada kebahagiaan. Dan di mana ada kebahagiaan, di situ ada keajaiban’.
Sempena meraikan ulang tahun ke-30 tahun ini, KOSÉ Sekkisei mempersembahkan kepada para pelanggannya edisi terhad bagi dua produk terlarisnya, dengan reka bentuk yang diilhamkan oleh penceritaan semula kisah dongeng klasik Disney, Cinderella.
Bagi membantu impian puteri zaman moden untuk memiliki wajah yang cantik berseri, koleksi ulang tahun ke-30 Sekkisei menyediakan produk menarik termasuk Sekkisei Lotion dan Sekkisei BB Cream Kit Cinderella Limited Design.
Sekkisei Lotion Cinderella Limited Design 200ml, RM170*
*harga tidak termasuk GST 6%
Menampilkan ilustrasi selipar kaca Cinderella pada botol, bersama-sama dengan bintang-bintang yang bergemerlapan pada penutup, losen paling terkenal Sekkisei ini mendapat wajah baru yang menarik. Losen Sekkisei ini memberikan anda kulit yang halus, penuh kelembapan dan licin melalui pati tumbuhan dari Timur seperti ekstrak Biji Coix, ekstrak Angelica, ekstrak Melothria dan Dipotassium Glycyrrhizate. Bahan-bahan ini telah dipilih dengan teliti daripada 100 jenis tumbuhan Timur untuk mewujudkan ‘resipi keserian’ milik proprietari Sekkisei.
Bagaikan salji yang mencair, losen putih gebu ini meresap serta-merta ke dalam kulit, meninggalkan aroma lembut dengan bauan mawar dan melur, dan sentuhan haruman chamomile yang menenangkan. Kulit anda serta-merta akan berasa seperti sutera yang licin dan terhidrat.
Sekkisei Lotion mengimbangkan tahap kelembapan kulit, mencegah kulit kusam yang disebabkan oleh kekeringan, menghaluskan tompok kasar dan mengurangkan kemerahan yang disebabkan oleh selaran matahari. Ia boleh disapu pada muka, leher dan badan. Anda akan dapat perhatikan kulit anda bertukar menjadi lebih cantik dan gebu serta tiada lagi kesan pori.
Sekkisei White BB Cream Kit Cinderella Limited Design, RM110*
* harga tidak termasuk GST 6%
Peminat filem Cinderella yang baru akan terpesona dengan kit BB Cream ini, yang mengandungi satu Sekkisei White BB Cream SPF40 / PA +++ saiz penuh (30g) dan juga Clear Cleansing Oil saiz kembara (35ml). Dengan dua warna yang mesra kulit untuk dipilih, anda kini boleh menjaga kulit anda dan menutupi kulit cela dan kusam secara semula jadi.
Sekkisei White BB Cream memberikan enam faedah kegunaan dalam satu botol: sebagai esen, emulsi, krim, pelindung matahari, mekap asas dan asas. Digunakan selepas losen, BB Cream secara berkesan dapat menutup cela kulit, jeragat dan kekusaman untuk menghasilkan kulit licin dan halus bak salji. Snow Crystal Powder memberikan kulit dengan penampilan yang berseri dari dalam, manakala pati tumbuhan dari Timur seperti ekstrak Biji Coix, ekstrak Angelica, ekstrak Melothria, ekstrak Daun Halia dan ekstrak Safflower menyediakan kulit dengan kelembapan sepanjang hari.
Sekkisei BB Cream meresap secara sama rata untuk segera membetulkan tona kulit dan memperbaiki penampilan liang-liang, dan dengan perlindungan SPF40 / PA +++, kulit dilindungi daripada kerosakan UV, bintik hitam dan jeragat. Sapukan BB Cream pada siang hari, dan pada waktu malam, bersihkan solekan hari dan kotoran dengan Clear Cleansing Oil.
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.sekkisei30th.com/my/ dan www.facebook.com/kose.malaysia.