1 April 2015 merupakan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), disebabkan itu rakyat Malaysia bersiap sedia menghadapi kemungkinan perbelanjaan tambahan pada tempahan hotel, penerbangan dan keperluan perjalanan lain.
AirAsiaGo.com, portal pelancongan terkemuka Asia hari ini dengan mengumumkan pelancaran ‘GST’ – kempen bulanan ‘Great Savings Today’.
Dengan pengenalan ‘Great Savings Today’, pelancong diberi akses harian untuk tawaran terbaik dalam penerbangan dan pakej hotel. Malah, diskaun sehingga 60% untuk dimenangi setiap bulan, apabila mereka menempah penerbangan dan hotel atau pakej hotel melalui laman web AirAsiaGo.com atau AirAsiaGo Mobile App.
‘Great Savings Today’ boleh didapati untuk tempahan seluruh bulan April 2015 dan tempahan akan sah untuk tempoh perjalanan dari 1 April 2015 sehingga 31 Mei 2015. Tawaran yang meliputi pakej pelancongan ke destinasi percutian menarik di Malaysia, serta Thailand, Indonesia, Indochina, Taiwan, China, Korea, Jepun, Australia, India, Amerika Syarikat, Eropah dan lain-lain lagi.
Untuk mengetahui lebih lanjut, boleh ke laman web www.airasiago.com.my/gst, Facebook, Twitter atau Instagram.