Satu berita gembira buat semua peminat Running Man terbitan SBS Korea, apabila mereka sekali lagi kembali ke Malaysia. Apa yang menarik perhatian, tujuh peserta program ini akan bersama menjejak kaki bertemu peminat Malaysia.
Difahamkan kesemua hos iaitu Yoo Jae-suk (42 tahun), Kim Jong-kook (38 tahun), Gary (37 tahun), Haha (35 tahun), Song Ji-hyo (33 tahun), Lee Kwang-soo (29) dan Ji Suk-jin (48 tahun) akan menjalani penggambaran Running Man di Tasik Bakun, Sarawak pada April.
Pemilihan lokasi tersebut dibuat kerana ia mempunyai landskap yang cukup menarik dengan pelbagai biodiversiti. Selain tujuan menjadikan Tasik Bakun sebagai lokasi penggambaran, Running Man juga merupakan antara tetamu khas yang akan menghadiri Festival Filem Antarabangsa Asia (AIFFA 2015) yang akan berlangsung di Kuching, Sarawak pada 9 sehingga 11 April depan.
Anda teruja? Agaknya apa jenis game yang akan dijalankan masa di Tasik Baikun nanti.. Wahhh tak sabar.
Sumber : malaysiandigest