Perbelanjaan ke atas jenama kosmetik kegemarannya membawa tuah kepada Mohd Syaufiq Mat Saad apabila beliau diumumkan sebagai pemenang pertandingan L’Oreal Paris Beauty Countdown. Sebagai pembeli produk L’Oreal Paris dengan jumlah terkumpul yang tertinggi, Mohd Syaufiq memandu pulang sebuah kereta Ford Ecosport 1.5L Titanium baharu!
Berlangsung dari 1 November 2014 hingga 10 Januari 2015, pertandingan L’Oreal Paris Beauty Countdown adalah untuk meraikan kecantikan, dimana L’Oreal Paris menjemput para peminatnya mengira detik hingga 2015 dengan 10 minggu keriangan. Pelbagai hadiah harian dan hadiah mingguan ditawarkan, dari hamper L’Oreal Paris, barang kemas Poh Kong, peralatan jenama Kitchen Aid, iPad mini dan banyak lagi. Para peserta boleh membeli seberapa banyak produk L’Oreal Paris yang mereka suka sepanjang peraduan ini, dan jumlah itu kemudiannya dikumpulkan. Akhir sekali, pembeli dengan jumlah tertinggi akan memenangi hadiah utama, iaitu sebuah kereta baharu bernilai lebih RM100,000.
Sebuah majlis penyampaian hadiah telah diadakan di ibu pejabat Ford Malaysia di Petaling Jaya baru-baru ini, di mana Pengurus Produk Kumpulan L’Oreal Paris Malaysia, Melissa Wee dan Pengurus Produk, Ashley Liew menyampaikan hadiah utama, Ford Ecosport 1.5L Titanium kepada Mohd Syaufiq Mat Saad, pemenang L’Oreal Paris Beauty Countdown.
Untuk pemenang Mohd Syaufiq, ia adalah mimpi yang menjadi kenyataan untuk menjadi pemilik kereta Ford Ecosport 1.5L Titanium baharu itu.
“Isteri saya memberi banyak galakan dan sokongan. Saya tahu mengenai pertandingan ini daripada isteri saya, yang juga pengguna setia L’Oreal Paris. Setelah mengetahui akan terma-terma dan syarat-syarat peraduan, yang hanya perlu membeli mana-mana produk L’Oreal Paris untuk berpeluang memenangi Hadiah Utama, isteri saya dan saya sendiri bersetuju untuk mengambil bahagian dalam pertandingan Beauty Countdown ini. “
“Saya mengambil peluang untuk mendapatkan produk L’Oreal Paris kegemaran ahli-ahli keluarga saya. Saya mencari peluang untuk melakukan sesuatu yang baik untuk keluarga saya; kerana mereka bekerja keras sepanjang hari untuk memastikan kami disayangi dan dijaga. Saya rasa kecantikan bukan hanya fizikal tetapi juga dalaman, dan wanita dalam keluarga saya mempunyai kecantikan dalaman, yang mana saya fikir adalah sangat penting. Wang yang dibelanjakan dirasakan berbaloi apabila melihat senyuman di wajah mereka bila saya memberi produk L’Oreal Paris kepada mereka, dan saya sendiri telah mula menjaga kulit saya dengan lebih baik. Dengan Ford Ecosport 1.5L Titanium baharu ini, saya kini boleh membawa keluarga saya ke destinasi kami dengan selesa!” kata Mohd Syaufiq, yang berusia 28-tahun dan berasal dari Alor Setar ini.
Sungguh berbaloi menjadi peminat setia L’Oreal Paris kerana mereka memberi ganjaran kepada pengguna mereka dari semasa ke semasa dengan hadiah-hadiah menarik kerana, Anda Begitu Berharga!