Wanista ingin berkongsi resepi yang boleh dikatakan nampak menarik yang diperolehi daripada Facebook Yana Samsudin. Sotong Masak Telur Masin, anda pernah makan? Rasanya lebih kurang salted egg butter chicken cuma kali ini ditukar kepada sotong. Selamat Mencuba!
Sotong Masak Telur Masin
Bahan-bahan:
- Sotong
- Daun Kari
- Cili padi @ Cili kering
- Bawang putih cincang
- Susu pekat
- Telur masin mentah 2 biji (kuning sahaja)
- Garam / Gula
- Tepung beras
- Putih telur ayam
Cara masak:
1. Sotong yang sudah dipotong bulat dicelup ke dalam putih telur, celup ke dalam tepung beras. Goreng rangu, angkat dan tos.
2. Tumis bawang putih yang dicincang halus, cili dan daun kari. Menggunakan butter. Tambah susu pekat dan garam. Biarkan ada rasa manis, masin dan lemak-lemak. Letak telur masin, hancur-hancurkan.
3. Letak sotong yang digoreng dalam kuah, gaul sebati.
4. Dah siap dan hidang.
Nota:
- Tiada susu pekat boleh guna susu sejat tapi tambah gula.
- Kurang masin boleh tambah putih telur masin.