Seorang nenek di Rome, Itali secara tidak sengaja telah meracuni dirinya, suami, anak, cucu dan rakan mereka dengan minuman coklat yang tamat tempoh 15 tahun lalu.
Wanita berusia 77 tahun, Roseeta dilaporkan menemui paket coklat yang sudah tamat tempoh di rumah mereka, dan kemudian mencampurkannya dengan susu untuk dihidangkan kepada dua cucunya dan rakan.
Beliau, suami dan anaknya juga turut meminum minuman tersebut.
Kemudian, suaminya mula mengalami muntah dan cirit birit dan kesemua mereka dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
Selepas dibenarkan keluar dari hospital, wanita berkenaan terus memeriksa paket minuman tersebut dan mendapati tarikh luputnya adalah pada 5 Jun 1990.
Beliau membeli serbuk coklat tersebut sekitar tahun 1980 dan kemudiannya hanya tersimpan di dalam almari di rumah mereka.
Memetik laporan The Independent, pendakwaraya kini sedang menimbang sama ada akan mengambil tindakan terhadap wanita tersebut.
Sumber: Sinar Harian