Sebagai penghormatan kepada ikon warna-warni, Polaroid kini melancarkan Koleksi Rainbow untuk Spring/Summer 2015 yang nenampilkan kaca mara hitam yang jelas dalam pilihan warna pelangi, dengan ikon Polaroid pada bingkai kaca mata. Koleksi ini disediakan untuk orang dewasa dan kanak-kanak dengan pilihan warna blue, green, yellow, orange, fuchsia dan crystal.
Menariknya lagi, kaca mata hitam Polaroid Rainbow membolehkan anda untuk menikmati warna-warna terang tanpa silau. Semua cermin mata hitam Polaroid mempunyai kanta UltraSightTM untuk bebas penglihatan. Bukan itu sahaja, kaca mata hitam Polaroid menyediakan manfaat unik seperti bebas penglihatan, kontras yang jelas, warna semula jadi, mengurangkan keletihan mata dan 100% perlindungan UV.