Berapa kali orang di sekeliling anda terpaksa berpaling setiap kali anda mengeluarkan kasut atau sarung kaki anda? Kaki berbau adalah masalah yang patut dipandang serius, jadi kami kongsikan di bawah beberapa tip berkesan untuk menangani masalah kaki berbau.
1. Gosok Kaki
Gunakan medium yang kasar seperti berus atau tuala kecil untuk menggosok kaki. Jangan lupa untuk membersihkan antara jari kaki untuk gosokan lengkap.
2. Kaki Kering
Lembapan pada kaki boleh menyumbang kepada pembiakan bakteria dan bau busuk. Pastikan kaki anda kering setiap kali anda melangkah keluar. Kelembapan juga boleh menyebabkan kegatalan dan jangkitan kulat selain masalah kaki berbau.
3. Tukar Sarung Kaki
Memakai sarung kaki setiap hari untuk jangka masa yang panjang adalah punca utama kaki berbau. Ini kerana kaki tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk bernafas dengan bebas. Jika rutin atau kerja anda menuntut sarung kaki, maka pastikan anda menukarnya setiap hari.
4. Kasut Kulit
Jika anda memakai kasut, pastikan anda memakai kasut kulit berkualiti terbaik untuk membolehkan kaki anda bernafas dengan sempurna.
5. Tidak Memakai Kasut
Tidak memakai kasut apabila anda berada di rumah adalah perkara terbaik yang boleh anda lakukan pada kaki anda. Jika anda tidak boleh berjalan dengan berkaki ayam; anda boleh cuba memakai sandal terbuka.
6. Cuba Antiperspirant
Deodoran semburan atau antiperspirant yang anda gunakan untuk ketiak boleh juga digunakan pada kaki anda. Gunakan ia sebaik sahaja anda selesai mandi. Biarkan ia kering sebelum anda memakai sarung kaki atau kasut.
7. Rendaman
Jika anda masih mempunyai kaki yang berbau, anda boleh melakukan rendaman ini yang mampu menangani isu ini dengan berkesan. Larutkan setengah cawan garam di dalam lapan cawan air suam dan biarkan kaki anda berendam di dalamnya selama 30 minit, sekurang-kurangnya sekali sehari.
8. Bersihkan Kasut
Kasut yang tidak bersih juga boleh menyebabkan kaki berbau. Setiap malam, letakkan kasut anda di luar untuk mengeringkannya daripada peluh, kelembapan atau pembiakan bakteria. Basuh kasut anda dan biarkannya kering sepenuhnya dan pastikan anda melakukan ini secara berkala untuk kasut yang lebih segar dan bersih.
9. Kanji Jagung atau Bedak
Apabila anda selesai mandi dan keringkan kaki, letakkan sedikit kanji jagung atau bedak. Secara keseluruhan, kedua-duanya mempunyai keupayaan untuk menyerap peluh dan memastikan kaki anda kering dalam tempoh yang lama.