Lebih daripada 30 pengunjung untuk Dinoscovery by Dinosaur Live! telah disajikan dengan sesi junior khas bertajuk, “Meet the Dinosaur Huntress!” bersama Teng Yu He daripada Pasukan Paleontologi Universiti Malaya semasa cuti sekolah baru-baru ini.
Sesi di Discoveria, Avenue K adalah khas dirancang untuk membolehkan peminat dinosaur berpeluang untuk bertemu dan berinteraksi dengan ahli paleontologi.
Pada majlis itu, peserta muda dan ibu bapa mereka telah diberikan sekilas maklumat mengenai apa sebenarnya ahli paleontologi melalui sebuah persembahan menarik dari gambar kajian lapangan dan paparan alat kerja ahli paleontologi sebenar.
Para penonton terpesona dihiburkan dengan cerita dan gambar-gambar fosil gigi dinosaur Spinosaurid dan Ornithischian yang telah baru-baru ini ditemui di Pahang.
Teng turut berkongsi kepada peserta mengenai sejarah dinosaur dan fosil.
Sesi tersebut diakhiri dengan peserta junior menanyakan soalan berkaitan dinosaur dan paleontologi kepada Teng semasa “Ask the Paleo”. Kakitangan Discoveria juga menganjurkan sesi trivia dinosaur dimana 5 pemenang bertuah telah memenangi barangan ekslusif Dinoscovery.
Dinoscovery by Dinosaurs Live! adalah pameran interaktif 13,000 kaki persegi di Avenue K yang memaparkan dinosaur saiz sebenar yang direka khas. Antara tarikan utama di situ adalah Dino Quest, Radio Frequency Identification (RFID) based scavenger hunt yang membolehkan pengunjung berubah menjadi ahli paleontologi yang memburu spesimen dinosaur.
Pameran ini berterusan sehingga 30 Jun 2015. Untuk maklumat lanjut, hubungi 03 2181 7218, atau layari www.discoveria.com.my atau https://www.facebook.com/discoveria.kl.