Dianugerahkan Top 10 Asia’s Best Standup Comedian baru-baru ini, Harith Iskander bakal menghidupkan jenaka dan ketawa dalam kalangan warga Ipoh dan Perak bersempena dengan sambutan Minggu Setiausaha di WEIL Hotel, Ipoh pada 30 April ini.
WEIL Hotel, hotel urban kontemporari di Ipoh akan memberi layanan istimewa kepada semua setiausaha di Ipoh dan kawasan sekitarnya sebagai suatu pengiktirafan hasil kerja keras dan komitmen padu setiausaha, penolong atau profesional pentadbiran.
Baca: [Review – Hotel] WEIL Hotel & Tempat Menarik Sekitar Ipoh, Perak
Minggu Setiausaha WEIL Hotel ini akan bermula dengan pelbagai bufet makan tengah hari yang mewah kepada para tetamunya. Selepas itu akan dipenuhi dengan jenaka, keseronokan dan gelak ketawa bersama pelawak Harith Iskander!
Pertunjukan lawak santai dan majlis makan tengah hari akan diadakan di Ballroom WEIL, tingkat 6 di mana para tetamu akan dihidangkan dengan pelbagai masakan tempatan dan antarabangsa, termasuk Green Mussel Platter, Baked Teriyaki Chicken, Salt Crusted Snapper Fish, Braised Beef Stew, Strawberry Panna Cotta dan Poached Pear in Chocolate Fudge Blanket.
Professional Secretaries Week telah bermula pada tahun 1952 dan sejak itu telah disambut di seluruh dunia dengan memberikan layanan khas kepada pembantu. Penghargaan yang biasa diberikan adalah dengan memberikan satu hari keluar untuk makan tengah hari yang istimewa.
Tiket untuk makan tengah hari dan pertunjukan itu dijual pada RM128nett untuk seorang. Tempahan lebih awal adalah disyorkan, sila hubungi +605-208 2228 atau e-mail enquiries@weilhotel.com untuk pertanyaan atau maklumat lanjut.
Weil Hotel, Ipoh
292, Jalan Sultan Idris Shah,
3000 Ipoh, Perak, Malaysia.