Kira-kira 235 juta orang di seluruh dunia menghidap asma dan angka ini terus meningkat, lantas menimbulkan kebimbangan kesihatan di kalangan orang ramai. Di Malaysia sahaja, dianggarkan 3.4 peratus penduduk menghidap penyakit ini, dan menjejaskan kualiti hidup ramai pesakit dan meningkatkan risiko kematian disebabkan kegagalan mengambil ubat seperti yang diarahkan dan kegagalan untuk menguruskan penyakit dengan sewajarnya.
Oleh yang demikian, Mundipharma Malaysia memperkenalkan satu rawatan kombinasi baru bagi asma, dinamakan flutiform®, yang menggabungkan fluticasone, ubat sedut kortikosteroid (ICS) dan formoterol, β2-agonis bertindak lama (LABA), membolehkan pesakit segera mengawal asma untuk jangka waktu yang lama. Buat pertama kali, dua ubat asma yang berkesan ini digabungkan dalam satu alat sedut (inhaler) aerosol inovatif.
Penghantaran ubat terus ke paru-paru adalah penting dalam pengurusan asma. Untuk tujuan ini, flutiform® telah menambah baik alat sedut yang selama ini digunakan oleh kebanyakan pesakit. Alat penghantaran flutiform® mampu menghantar pecahan zarah ubat yang sangat halus bagi membolehkan lebih banyak deposit ubat ke dalam paru-paru, termasuk saluran udara kecil. Di samping itu, alat ini juga menyediakan pembilang dos menghadap pesakit dengan kod warna untuk menjejak pengambilan ubat. flutiform® boleh didapati dalam tiga kekuatan dos, yang memberi fleksibiliti kepada doktor untuk memilih dan menyesuaikan dos yang sewajarnya untuk pesakit mereka, bergantung kepada keseriusan penyakit dan tahap kawalan.
flutiform boleh didapatkan di pasaran sekarang.