Ingin tampil berbeza, namun tidak yakin bereksperimen dengan terlalu banyak alat solekan? Jangan takut, hari ini kami kongsikan kepada anda tip paling mudah untuk penampilan berbeza dari kebiasaan hanya dengan menggunakan dua jenis eyeliner sahaja!
Jom kita tengok!
- Sediakan eyeliner hitam dan hijau atau warna lain mengikut kesukaan anda.
- Dengan menggunakan eyeliner hitam, mula gariskan kelopak mata atas dari sudut dalam ke luar.
- Buatlah winged atau cat eyeliner untuk memberikan kesan lain pada mata anda.
- Setelah itu, ambil eyeliner warna pilihan anda.
- Buatkan garis di kelopak mata bawah. Jangan buat garisan penuh, hanya 1/4 daripada bahagian mata.
- Siap!
Sangat mudah dan cantik, bukan? Selamat mencuba teknik solekan ini!
Sumber: thebeautydepartment.com & vemale.com