Baru-baru ini pengusaha restoran, personaliti televisyen dan chef cukup disegani di Thailand telah tiba di Malaysia sempena lawatan masakan serantau yang dinamakan “Taste of Thailand with Ian Kittichai”.
“Taste of Thailand with Ian Kittichai” adalah program masakan serantau yang merangkumi Filipina, Malaysia, Singapura dan Vietnam. Di Malaysia, tour tersebut dibawakan oleh Asian Food Channel dan Berjaya University College of Hospitality. Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.asianfoodchannel.
Disebabkan itu, Wanista ingin berkongsi resepi yang telah dibuat oleh Chef Ian ketika berkunjung ke Malaysia.
Green Curry Braised Short Ribs
Bahan-bahan:
- 1/4 cawan minyak sayuran
- 4 bahagian rusuk daging lembu
- 5 liter jus nanas
- 5 liter stok daging lembu
- 20 helai daun limau purut
- 1 sudu minyak sayur-sayuran
- 90 gram pes kari hijau
- 500 ml santan
- 1 sudu gula kelapa
- 2 sudu teh sos ikan
- 1/4 sudu kecil garam
- 70g green long eggplant
- 50g apple eggplant
- 20g eggplant berry
- 1/4 tangkai daun selasih
Cara penyediaan:
1. Panaskan minyak di dalam kuali nonstick dengan api yang tinggi dan masukkan rusuk daging lembu sehingga bertukar warna coklat.
2. Jus nanas, stok daging lembu, daun limau purut dan rusuk daging lembu direneh dalam periuk selama 3 jam sehingga lembut dan empuk.
3. Panaskan minyak dalam periuk, tumis pes kari hijau sehingga wangi, kemudian beransur-ansur tuangkan santan dan perasakan dengan gula dan sos ikan.
4. Tambah terung dan daun selasih sehingga terung semuanya dimasak, dan hidangkan segera dengan rusuk daging lembu.
Resepi diperolehi daripada buku “Chef Ian’s Kitchen Revealed”