Biasa dengar tentang ais krim gulung? Ais krim ini dijual di Pantai Chenang, Langkawi Aiskrim Gulung? Tetapi kini ais gulung boleh anda dapatkan di Monsters Ice Cream yang bertempat di Sunway Pyramid. Tak perlu terbang ke Langkawi lagi untuk mnikmati keenakan ais krim gulung lagi.
Menariknya, sejurus pembukaan premis tersebut, orang ramai berpusu-pusu dan tidak mahu melepaskan peluang untuk merasai sendiri keenakan ais krim gulung walaupun terpaksa beratur panjang. Difahamkan, perisa yang ditawarkan juga tidak mengecewakan, antaranya adalah Chocolate + Nutella + Cornflakes, Koko Crunch + Nutella + Vanilla Ice Cream, Chocolate + Banana + Cornflakes + Ferrero Rocher + Choco Stick dan pelbagai lagi.
Jadi, singgahlah ke sana untuk menikmati ais krim yang penulis rasa mesti enak berkrim.
Sumber : Says.com, Instagram Monsters Ice Cream