Pernahkan anda rasa nafas anda berbau? Bagaimana anda tahu nafas yang keluar dari mulut anda menyenangkan atau kurang menyenangkan? Adakah kita sedar bahawa bukan diri kita yang menakutkan orang lain, tapi ianya nafas kita! Ia mungkin sesuatu yang menakutkan, dan cara yang senang tapi memalukan untuk memeriksa bau nafas adalah dengan bertanya. Jika kamu dapati nafas kamu kurang menyenangkan, jangan putus asa!
Dikenali sebagai pakar herba untuk kesihatan gusi, dengan menggunakan 100% kandungan tumbuhan dan herba serta bahan yang bebas parabens, rangkaian ubat gigi Himalaya melindungi gusi anda, membantu mencegah pendarahan gusi, dan mengekalkan kesihatan gusi untuk kesegaran sepanjang hari. Rangkaian penjagaan oral Himalaya terdiri dari 4 variasi:
Himalaya Herbals Complete Care Herbal Toothpaste ialah formulasi herba terhebat dengan bahan utama seperti Neem dan Delima yang memberi perlindungan sepanjang hari dari kuman yang berbahaya dan pembentukan plak, memberikan anda dan gigi serta gusi yang sihat sepanjang hari.
Himalaya Herbals Active Fresh Herbal Toothpaste terdiri daripada bahan herba yang menyegarkan seperti menthol, miswak, cengkih, fennel dan indian dill yang memastikan kesegaran nafas bertahan lebih lama.
Himalaya Herbals Sparkling White Toothpaste ialah formulasi herba yang terbaik yang terdiri daripada miswak, betik, nenas, dan cengkih berasaskan Teknologi Enzim Tumbuhan, yang bertindak dengan menghilangkan warna tidak sekata pada permukaan gigi dalam masa 2 minggu, untuk gigi kelihatan lebih putih dan sihat.
Himalaya Herbals Sensitive Toothpaste adalah penemuan formulasi herba daripada miswak, ekstrak kulit badam dan menthol yang berasaskan Perlindungan Phyto yang memberikan kesan segera dan kelegaan berpanjangan untuk gigi yang sensitive.
Setiap produk boleh didapati dengan berat 100g dan berharga RM11.90 untuk produk ubat gigi Complete Care and Active Fresh. Manakala untuk produk ubat gigi Sparkling White and Sensitive pula berharga RM12.90. Rangkaian produk penjagaan oral Himalaya Wellness boleh didapati di rangkaian kedai Himalaya Wellness dan di farmasi-farmasi utama serta pasaraya terkemuka di seluruh negara.