Kebanyakan daripada kita mengetahui bahawa saffron yang ditambah ke dalam segelas susu, dan diminum setiap hari mampu memberikan kesan kulit yang lebih cerah dan bercahaya. Walau bagaimanapun, tidak ramai yang tahu bahawa saffron mampu melakukan lebih daripada itu. Untuk pengetahuan semua, saffron kini telah dijadikan sebagai ramuan dalam banyak produk kecantikan seperti krim, pencuci muka, losyen dan lain-lain.
Berikut adalah beberapa manfaat kecantikan luar biasa yang anda boleh dapati daripada rempah saffron:
1. Mencerahkan Kulit
Anda boleh mencampurkan saffron ke dalam susu dan sapukan pada seluruh wajah. Biarkan ia selama kira-kira setengah jam sebelum cuci. Ini adalah cara semulajadi untuk menjadikan kulit anda lebih cerah dan berseri. Rebus saffron dalam susu untuk warnanya keluar dengan betul, dan kemudian gunakan susu yang telah disejukkan untuk disapukan pada wajah.
2. Mengurangkan Jerawat
Saffron mempunyai ciri-ciri anti-bakteria semulajadi yang membantu mengurangkan jerawat dan noda pada wajah anda. Anda boleh membuat pes daun selasih dan saffron untuk disapukan pada wajah, dan aplikasi yang kerap akan mengurangkan jerawat dan juga bekas jerawat. Anda juga boleh tambahkan susu ke dalam campuran untuk manfaat tambahan.
3. Mengurangkan Lingkaran Gelap
Rendam saffron dalam air dengan jumlah yang sedikit semalaman. Keesokan paginya, tambahkan sedikit minyak kelapa. Kemudian, sapukan campuran itu di bawah mata anda dan urut perlahan-lahan. Lakukan ini dengan kerap untuk memudarkan lingkaran gelap di bawah mata.
4. Meratakan Tona Kulit
Saffron dalam air mawar boleh dijadikan sebagai toner terbaik setelah anda scrub wajah anda. Anda boleh menyediakan campuran tertsebut dan simpan di dalam peti sejuk untuk kegunaan berpanjangan, dan ia pasti akan memberikan kesan tona kulit wajah yang lebih sekata.
5. Mengatasi Masalah Rambut Gugur
Saffron boleh dicampur dengan licorice dan susu untuk membentuk pes yang boleh digunakan pada kulit kepala anda. Ia membantu untuk mengelakkan keguguran rambut dan merangsang pertumbuhan rambut.
6. Mengurangkan Kesan Panahan Matahari
Anda boleh mencampurkan serbuk cendana dengan saffron dan susu untuk membuat pes yang boleh disapukan pada bahagian badan anda yang terkesan akibat cahaya matahari. Biarkan ia kering secara semulajadi, kemudian basuh dengan air sejuk. Lakukan ini dengan kerap untuk mengurangkan kesan tersebut.
Untuk pengetahuan anda juga, ramai yang meletakkan saffron pada mandian mereka untuk mendapatkan kebaikannya. Sememangnya, bersantai di tab mandi dipenuhi dengan saffron direndam susu adalah cara yang baik untuk membersih dan mendapatkan keserian kulit. Ini adalah jenis rawatan mewah yang perlu dilakukan sekurang-kurangnya dua kali seminggu jika anda mahu kelihatan benar-benar menakjubkan dan mahukan kulit yang sempurna. Anda juga boleh tambahkan sedikit kunyit untuk kesan yang lebih menakjubkan.