Berikutan kejayaan Waterful Sharing Campaign pada pada Jun tahun lepas, Laneige Malaysia (Laneige) dengan kerjasama Malaysian Environmental NGOs (MENGO) melancarkan Waterful Sharing Campaign 2015 yang akan memberi manfaat kepada enam rumah kanak-kanak di Selangor.
Tahun ini, Laneige menyasarkan untuk mengumpul RM60,000 melalui penjualan produk baru Water Sleeping Mask dari 1 Mei sehingga 31 Julai 2015. RM10 dari setiap Water Sleeping Mask yang dijual akan pergi kepada dana yang akan digunakan untuk memudahkan pemasangan sistem penuaian air hujan di enam rumah.
Enam rumah yang akan mendapat manfaat daripada kempen tahun ini adalah Rumah K.I.D.S, Rumah Amal Cahaya Tengku Ampuan Rahimah (RACTAR), Rumah Bakti, Rumah Kebajikan Anbu Illam, Pertubuhan Kebajikan Ehsan Ash-Shakur (PEKEAS) dan Rainbow Home. Melalui kempen ini, Laneige dan MENGO berharap untuk menjangkau ke rumah untuk menyediakan mereka dengan bekalan air yang berterusan sambil mendidik mereka mengenai manfaat penuaian air hujan.
Water Sleeping Mask secara rasmi akan mula dijual di semua kaunter kecantikan Laneige dan butik bermula 1 Mei 2015 pada harga runcit RM110. Pelanggan yang membeli Water Sleeping Mask semasa tempoh berkempen juga akan menerima Limited Edition Laneige Goodnight Teddy Bear.
Bagi mereka yang ingin mencuba produk baru ini, boleh ke Laneige Water Sleeping Mask Pre-launch Roadshow di Mid Valley Megamall Lower Ground Centre Court pada 27 April ini.
Untuk info lanjut, anda boleh semak www.laneigewaterfulcampaign.com.my dan http://facebook.com/laneigemalaysia.