Anda mahu menjadi buah mulut dan perhatian ramai? Apakata anda cuba Kirstie ‘deeed’ Williams’ Octopus fascinators?
Kita dapat lihat trend perhiasan kepala yang berbeza-beza dan sentiasa menonjolkan idea kreatif seiring waktu. Dan melihat pada perhiasan kepala sotong realistik ini, kami yakin ia boleh dianggap sebagai idea terkini dalam dunia fesyen perhiasan kepala dengan bentuknya yang tampak realistik dan unik. Jika dilihat dari jauh, perhiasan kepala ini lebih menyerupai topi kecil.
Ternyata, gaya ini dihasilkan khusus buat mereka yang berani dan sentiasa inginkan kelainan dalam penampilan. Anda berani menggayakannya?
Sumber: demilked.com