Sebelum ini kami telah berkongsi dengan anda mengenai outlet Spotlight yang telah dibuka di IPC Shopping Centre sebagai cawangan kedua di Malaysia selepas pembukaan oulet pertama di Ampang Point.
Baca: Ingin Beli-Belah Kelengkapan Rumah? Jom ke ‘SPOTLIGHT’!
Tidak berhenti di situ, syurga kain, barangan kraf, parti dan kelengkapan rumah itu kini telah melebarkan sayap mereka di The Mines Shopping Mall! Pembukaan cawangan ketiga di Malaysia itu menandakan outlet Spotlight terbesar setakat ini.
Spotlight The Mines mengalu-alukan pembeli untuk membeli-belah pelbagai kelengkapan rumah dengan lebih daripada 100,000 pilihan daripada kelengkapan rumah, hiasan rumah, tempat tidur, pakaian, kain, kraf, hobi, sehinggalah keperluan parti, semuanya ditawarkan dengan harga yang menarik dan berpatutan.
Outlet ketiga Spotlight terletak di L4-16, The Mines Shopping Mall, Jalan Dulang, Mines Resort City 43300 Selangor Darul Ehsan.
Untuk mengetahui sebarang promosi atau keterangan lanjut, sila layari: