Taman sukan lasak dan arena sukan tertutup pertama di Asia, EnerZ Extreme Park telah melancarkan cabaran GST! Bertujuan untuk menggalakkan semua rakyat Malaysia untuk mengamalkan gaya hidup yang aktif, cabaran EnerZ G.S.T. (Gut Builder – Sky Ropes – Trampolines) akan mempamerkan gambar-gambar dan video individu yang mengambil bahagian dalam cabaran di EnerZ Extreme Park.
Cabaran tersebut memerlukan peserta untuk melaksanakan salah satu aktiviti yang dipilih — Gut Builder, Sky Ropes ataupun Trampolines, dan mencalonkan rakan-rakan atau keluarga untuk melakukan perkara yang sama dengan memuat naik foto atau video mereka yang gembira dan bersemangat di Facebook atau Instagram dengan hashtag #EnerzHereICome, #EnerzGSTChallenge dan #EnerzWhoDaresMe.
Pengarah Urusan EnerZ Extreme Park, Encik Alvin Tey berharap inisiatif ini dapat memberikan inspirasi kepada lebih ramai rakyat Malaysia untuk memimpin gaya hidup yang lebih bertenaga, sejajar dengan mesej mereka.
Menambah nilai kepada cabaran, dan untuk menunjukkan kesungguhan mereka dalam menyumbang semula kepada masyarakat, EnerZ Extreme Park telah berjanji untuk menaja satu rumah anak yatim untuk menghadiri EnerZ Edutainment Programme mereka untuk setiap penyertaan cabaran GST yang diterima di Facebook atau Instagram. Ikrar ini akan dijalankan di bawah naungan EnerZ Care Project, yang bertujuan untuk memberi “energized edutainment” kepada kanak-kanak yang memerlukan di sekitar Subang Jaya.
Dengan keluasan melebih 80,000 kaki persegi, EnerZ Extreme Park menyediakan pelbagai aktiviti dan kemudahan untuk semua peringkat umur, antaranya adalah trampolines, sky ropes, dodge ball, foam pits, badminton courts, martial arts dan fitness classes.
Untuk maklumat lanjut mengenai EnerZ Extreme Park, termasuk butiran kemudahan, aktiviti dan perkhidmatan mereka, sila layari http://www.enerz.my/ atau www.facebook.com/EnerZIndoorExtremePark.