Reka bentuk kerusi dan meja di pejabat yang biasa kita lihat kurang menitikberatkan ciri keselesaan dan yang paling penting privasi. Rekaan kubikel pejabat yang digunapakai itu sebenarnya sudah ketinggalan zaman kerana ia direka sekitar tahun 1960an.
Kini, produk jenama Brody tampil dengan rekaan kubikel merangkap meja kerja untuk pejabat moden. Ia mempunyai meja untuk komputer riba boleh laras lengkap dengan pemegang tablet dan telefon pintar. Alas kaki turut disertakan bagi membolehkan pekerja melunjurkan kaki ketika bekerja. Ia boleh dipasang secara bersiri di dalam pelbagai konfigurasi. Skrin ataupun pelindung lutsinar juga boleh dipasang sekiranya anda memerlukan privasi.
Serius cool!
Sumber: fastcoexist.com & Blog Serius