Jenama coklat terkemuka di Malaysia, Cadbury Dairy Milk, hari ini memperkenalkan satu cara baharu untuk menikmati coklat yang hebat lagi menyeronokkan dengan pelancaran rangkaian coklat baharu keluarannya, Marvellous Creations.
Cadbury Dairy Milk Marvellous Creations menampilkan kenikmatan makanan coklat jenis baharu – coklat susu Cadbury Dairy Milk serba lazat dengan ketulan-ketulan berbentuk luar biasa, dilimpahi kombinasi perisa dan tekstur luar jangka yang digemari semua orang. Setiap gigitan berbeza dan seperti carnival di dalam mulut!
Coklat Marvellous Creations tampil dengan dua varian yang menyeronokkan lagi menyelerakan:
1. Jelly Popping Candy: Jelly, Candy Bits dan Popping Candy disalut dengan coklat susu Cadbury Dairy Milk
2. Peanut Toffee Cookie: Peanut, Toffee dan Cookie Bits disalut dengan coklat susu Cadbury Dairy Milk
Suatu pemberian yang tepat untuk dikongsi bersama keluarga, kombinasi Jelly Popping Candy dan Peanut Toffee Cookie yang menyelerakan ini akan dipasarkan di seluruh Malaysia dalam saiz 160g (Harga Jualan Disyorkan RM8.90 RCP) dan saiz 40g (Harga Jualan Disyorkan RM2.90 RCP).
Bukan itu sahaja, Cadbury Dairy Milk akan membawa Marvellous Creations ke tengah-tengah masyarakat Malaysia dengan Karnival Marvellous – acara pertunjukan terhebat di lokasi dan tarikh Karnival Marvellous ini seperti berikut:
- Sunway Pyramid, Kuala Lumpur – 7 Mei hingga 10 Mei
- Queensbay Mall, Pulau Pinang – 28 Mei hingga 31 Mei
Khusus bagi para peminat Facebook-nya, Cadbury Dairy Milk menganjurkan peraduan dari 1 hingga 6 Mei 2015. Para pemenang dan seorang teman akan berpeluang bertemu muka dan berjamu selera bersama bintang penyanyi sensasi YBhg Dato’ Siti Nurhaliza di Karnival Marvellous Sunway Pyramid pada 9 Mei. Untuk penyertaan, peminat hendaklah memuat turun foto diri serta keluarga mereka di laman Facebook Cadbury Dairy Milk lengkap dengan kapsyen. Lima pemenang akan dipilih.
Untuk keterangan lanjut mengenai Marvellous Creations dan Karnival Marvellous, para peminat diminta melayari www.facebook.com/CadburyMalaysia.