Kehidupan sehariannya banyak dihabiskan di atas motosikal kerana seawal 7.30 pagi beliau sudah berada di jalan raya sehingga boleh mencecah lewat malam. Waktu itu pelanggan-pelanggan tetap sekitar kawasan perumahan pasti ternanti-nanti kelibatnya, sambil sesekali terdengar bunyi hon yang cukup sinonim dengan pekerjaannya.
Hari ini, dengan kewujudan kedai-kedai runcit, kedai serbaguna, dan kedai-kedai kek yang menawarkan pelbagai jenis roti dan kek yang menarik, keringat ‘bai’ roti masih lagi ditagih! Ini kerana selain menawarkan pelbagai jenis roti, kek, dan tidak ketinggalan makanan ringan, kebanyakan makanan yang dijual ‘bai’ roti kini jarang ditemui di kedai-kedai biasa. Itulah kelebihan yang ada pada ‘bai’ roti, yang boleh dikatakan sebagai antara pekerjaan tertua di negara ini.
Time Out KL telah berjaya mengesan motosikal ‘bai’ roti dan membongkar 10 makanan yang hanya boleh didapati pada ‘bai’ roti. Pilihan penulis sudah semestinya #2! Anda?
Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa! Penulis mahukan semua, boleh? :DD
Sumber: TimeOut Kuala Lumpur & Utusan Online