Hafiz Hamidun merupakan satu nama yang tidak asing lagi dalam industri muzik tanah air, terutama dalam lapangan nasyid atau lagu kerohanian dan ketuhanan. Penyanyi, penggubah lagu, penerbit dan juga Pengarah Kreatif di Arteffects Sdn Bhd ini terus melebarkan sayap sebagai anak seni dengan pelancaran album baharu beliau yang bertajuk “I Love Rasulullah” baru-baru ini.
Pada majlis pelancaran album tersebut, Hafiz Hamidun turut menerima Anugerah Platinum daripada pihak pengedar albumnya, Sony Music. Anugerah itu diberi berdasarkan dalam tempoh sebulan album “I Love Rasulullah” berada dalam pasaran, ia berjaya terjual sebanyak 10, 000 unit (mulai Mac – April 2015).
Album beliau sebelum ini iaitu “Zikir Terapi 1, 2 & 3” telah berjaya mencatat jualan terkumpul mencecah 500,000 unit.
Masih lagi mengekalkan genre ketuhanan, namun album terbaharu ini sedikit berbeza berbanding album terdahulu. Diterbitkan oleh Arteffects International dengan kerjasama Sony Music Malaysia, album yang membariskan sembilan buah lagu ini menunjukkan sisi matang Hafiz dari segi vokal dan juga gubahan lagu.
Butiran Album “I Love Rasulullah”
1. Tracklist:
- Penyelamat
- Habeeb
- Bukti Cintaku
- Lawkana Bainana
- Kasih Padamu
- Sollu Ala Khairil Anam
- Pemergian Rasul
- Ya Rasul
- Tolaal Badru Alaina
2. Album berkonsepkan kecintaan kepada Rasulullah SAW.
3. Kulit album dihasilkan oleh Bustamam.
4. Edaran Arteffects Sdn Bhd bersama Sony Music Malaysia.
5. Pasaran digital: iTunes, Spotify, Deezer, Kkbox dan Portal CD Nasyid.
6. Mula diedarkan di pasaran seluruh Malaysia pada 28 Mac 2015.
7. Angka jualan terkini sehingga 20 April 2015 adalah sebanyak 13,000 unit.
8. Hafiz Hamidun merupakan artis nasyid pertama di dunia yang mempunyai akaun Youtube Vevo.