HotelQuickly, aplikasi yang membawa tempahan hotel saat akhir, hari ini mengumumkan pelancaran aplikasi HotelQuickly untuk Apple Watch, yang boleh didapati di App Store pada masa ini. Aplikasi HotelQuickly di Apple Watch membawa akses untuk navigation dan daftar masuk ke pergelangan tangan anda.
“40% daripada pelanggan HotelQuickly menggunakan iPhone untuk tempahan saat akhir mereka. Dengan melancarkan aplikasi HotelQuickly untuk Apple Watch, kami terus berinovasi untuk segmen perjalanan mudah alih di Asia Pasifik dan mengambil pengalaman tempahan hotel ke peringkat seterusnya,” kata Tomas Laboutka, Co-Founder dan CEO HotelQuickly.
Ciri-Ciri aplikasi HotelQuickly untuk Apple Watch
- Booking reference: Pengguna boleh menguruskan tempahan semasa dan butiran akses untuk nama hotel, tarikh, bilangan malam, lokasi pada peta dan arah dari lokasi semasa, alamat yang ada dalam kedua-dua bahasa Inggeris dan bahasa tempatan, dan juga nombor telefon hotel.
- ‘Handoff’: Mewujudkan integrasi lancar dan kesinambungan dengan aplikasi HotelQuickly pada iPhone pengguna, membolehkan mereka untuk terus melayari tawaran hotel, navigate peta atau menyemak butiran tempahan mereka, di mana mereka berhenti pada Apple Watch mereka.
- Timely alerts: Memberikan isyarat getar sekiranya pengguna boleh terlepas pemberitahuan penting pada telefon mereka.
Aplikasi HotelQuickly untuk Apple Watch ini boleh didapati di App Store Watch bermula 24 April 2015. Aplikasi HotelQuickly untuk iPhone adalah percuma untuk dimuat turun dari iTunes.