Syukur Alhamdulillah! Tahniah buat Yana Samsudin di atas penghijarahan untuk bertudung penuh dan dalam masa yang sama, suaminya, Fadzil Zahari bersyukur dengan apa yang dilakukan oleh Yana selaku isterinya yang tercinta.
“Tiada perbincangan yang serius mengenai keputusan Yana untuk bertudung. Namun dia ada menanyakan pendapat saya mengenai penampilannya berhijab. Setelah memandang segala aspek yang ada, pada hari ini Yana mengambil keputusan untuk bertudung ketika tampil di Wanita Hari Ini, ” kata Fadzil. – rotikaya
Apapun Wanista harapkan Yana terus istiqamah dan semoga perubahan ini bakal membawakan pelbagai lagi perkara positif di dalam hidup Yana sekeluarga.