Johnson & Johnson melancarkan kempen terbaru – So Much More™ untuk mendidik ibu bapa Malaysia tentang amalan semasa mandi yang mengoptimumkan perkembangan otak si manja mereka.
Hasil penyelidikan daripada Science of SensesTM menunjukkan bahawa keseimbangan antara satu amalan biasa dan rangsangan kepada deria dapat menggalakkan dan mencorakkan perkembangan otak bayi.
Proses pembelajaran otak dipertingkatkan apabila berbilang deria dirangsangkan, berbanding dengan penggunaan hanya satu deria.
Kempen ini mendorong ibu bapa menjadikan masa mandi masa yang berkualiti, dipenuhi dengan rangsangan berbilang deria untuk memupuk keupayaan bayi untuk belajar, berfikir, berkasih sayang dan membesar.
Untuk menjayakan kempen ini, Johnson & Johnson bergabung tenaga dengan Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri untuk mengubah persepsi terhadap masa mandi, iaitu daripada masa untuk melakukan satu tugas biasa kepada masa untuk menimba pengalaman mesra yang sangat bermakna.
Menerusi kerjasama dengan pembekal perkhidmatan penjagaan kesihatan yang terkenal ini, ia berhasrat untuk menyedarkan dan mendidik ibu-ibu tentang pendekatan baru dalam penjagaan bayi dan mengoptimumkan perkembangan otak si manja.
Dalam usaha merintis jalan untuk menjamin penjagaan bayi secara berkesan, Johnson & Johnson telah menjalankan penyelidikan secara mendalam dalam Science of SensesTM untuk menggalakkan perkembangan bayi yang ceria dan sihat.
Banyak hasil penyelidikan telah menunjukkan bahawa rangsangan berbilang deria penting dalam tiga tahun pertama untuk perkembangan laluan neural yang menyokong komunikasi, kefahaman, perkembangan sosial dan kesejahteraan emosi.
Otak bayi mencipta sehingga 1.8 juta sambungan sinaps baru setiap saat, dan pengalaman ini akan menentukan sinaps untuk dikekalkan.
Rangsangan berbilang deria – iaitu apa yang dirasa, dihidu, didengar, dan dilihat oleh bayi – membantu memupuk kelangsungan jangka panjang sambungan sinaps.
Kerjasama antara Johnson & Johnson dan Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri membolehkan penambahbaikan kemudahan penjagaan neonatal (bayi baru lahir) di hospital, latihan untuk kakitangan neonatal dan pendidikan di kalangan ibu-ibu baru tentang Science of the SensesTM.
Dengan peluang untuk menggunakan deria bau, sentuh, lihat dan dengar, pakatan ini menumpukan kepada masa mandi sebagai taman permainan berbilang deria yang menawarkan peluang kepada ibu bapa dan bayi untuk berhubung mesra dan menjalin ikatan kasih sayang.