Terfikir sesuatu yang istimewa untuk ibu tersayang? Wangian baru La Collection de Grasse mungkin yang terbaik boleh anda berikan kepada ibu anda.
Wangian baru La Collection de Grasse mengumumkan kepulangan bunga-bunga yang harum mewangi ke bumi yang menjadi tumpuan pembuat minyak wangi terkenal. Komitmen L’OCCITANE mendorong Anne Dor menanam iris di Val d’Iris di Grasse. Beliau teruja untuk mengembalikan hartanahnya kepada tujuan asal dan mencuba nasib dalam kerjaya yang memerlukan kesabaran ini, memandangkan rizom iris “Her Majestic” tidak ditawarkan kepada sebarangan orang.
IRIS BLEU & IRIS BLANC EAU DE TOILETTE – 75ml harga RM252
Iris Bleu & Iris Blanc adalah pertembungan kontras dua bunga yang mengikuti peredaran matahari. Dengan kebangkitan keharuman iris putih yang lembut, haruman imbasan – sejernih fajar pagi di bumi Grasse. Wangian membuka kelopaknya dalam kesegaran sentuhan buah-buahan daripada anggur hitam dan sitrus sebelum meresap ke dalam kepekatan haruman Iris Pallida. Haruman utama daripada Iris Grasse yang ditambah sentuhan ylang-ylang, terapung selepas diselaputi baldu kulit pic putih. Jejak Iris Bleu & Iris Blanc, disusuli kesturi putih dalam kontras panas/sejuk bunga kembar dan keharuman serbuk iris dan bau cedar kering.
Produk Pelengkap
SHOWER GEL, 250ml harga RM85
Sebaik sahaja tersentuh air, gel lembut berair ini bertukar menjadi buih pekat yang mengharumkan kulit dengan bau kontras wangian La Collection de Grasse baru.
BODY MILK, 250ml harga RM118
Iris Pallida dan Iris Florentina mengharumkan formula baru losen pelembap ini, yang membuat kulit terasa lembut seperti baldu.
PERFUMED SOAP, 75g harga RM28
Sebaik sahaja dibasahkan, sabun ini mengeluarkan bau iris yang harum semerbak untuk menjadikan mandian harian anda satu pengalaman yang sukar digambarkan.
Krim Tangan – 30ml harga RM39
La Collection de Grasse menambah baik formula Krim Tangan dengan tiga keharuman flora. Mengandungi 2% mentega shea, krim lembut lagi ringan ini menyerlahkan wangian yang terpilih, membuat kulit halus, licin dan selembut sutera.
Alami sendiri keharuman dan keindahan taman GRASSE hari ini! La Collection de Grasse baru boleh didapati di kedai mulai dari 8 Mei 2015.