Jelitawan Lupita Nyong’o berkongsi rahsia kecantikannya yang natural, simple dan boleh diamalkan oleh semua orang. Pelakon yang memenangi anugerah Pelakon Pembantu Terbaik Oscar menerusi lakonan cemerlangnya dalam filem 12 Years a Slave ini selalu berjaya mencuri perhatian kamera dengan paduan busana elegan dan solekan yang menaikkan seri wajah eksotiknya. Lupita yang merupakan duta jenama kecantikan Lancome mendedahkan rahsianya.
Menurut Lupita, rawatan wajah serta tubuh yang diamalkan adalah minyak avocado. Hanya dalam satu produk minyak avocado, Lupita boleh merawat seluruh tubuhnya mulai badan, wajah sehingga rambut. Selain itu, Lupita juga memakai Hawaii Kuku Oil di wajahnya untuk mengatasi kulit kering semasa musim sejuk. Lancome Advanced Genifique Serum adalah produk penjagaan kulit kegemarannya kerana produk ini merupakan penyelesaian kulit kering dan mudah diserap kulit.
Untuk pengetahuan anda, supermodel Adriana Lima juga mengamalkan masker rambut avocado untuk melembapkan rambut dan mendapatkan rambut yang bersinar. Anda boleh mencampurkan setengah biji avocado bersama 2 biji putih telur untuk dijadikan masker.
Anda boleh lihat artikel kami 10 KHASIAT TERSEMBUNYI DALAM SEBIJI BUAH AVOCADO
fimela.com