Musim ini, Rip Curl memberi tumpuan sepenuhnya kepada asal-usul lautan dengan menawarkan koleksi terang dan bergaya untuk lelaki dan wanita.
Tema untuk pakaian lelaki Rip Curl SS15 berkisar budaya surfing dan gaya hidup tepi pantai. Baju T, diperbuat daripada kain kapas 100%, terdiri daripada T-shirt berlogo, cetakan retro pokok sawit dan flora. Baju lengan pendek berbutang ke bawah menawarkan sesuatu yang lebih unik dalam berfesyen untuk kaum lelaki, dengan cetakan pantai diilhamkan bertaburan di atas warna asas yang boleh dipakai oleh mereka yang kreatif untuk kerja dan juga bersantai.
Bagi pencinta pantai, perenang dan peluncur, musim ini Rip Curl mengeluarkan reka bentuk boardshort baharu dalam panjang yang berbeza, dengan cetakan unik serta warna musim bunga / musim panas — warna biru dan oren.
Wanita boleh mengharapkan koleksi yang menarik dan menggoda oleh Rip Curl SS15. Dari pastel flutter tops, floral onesies ke maxi dress yang terang, koleksi wanita ini adalah versatil untuk seharian di dalam bandar atau bercuti di tepi pantai. Terdapat juga pelbagai jenis seluar dari boardshorts berwarna-warni hingga Firefly wrap skirt.
Koleksi ini tidak akan lengkap tanpa aksesori untuk kedua-dua lelaki dan wanita — topi, dompet, beg galas, bagasi dan pelbagai lagi.
Outlet dan kaunter Rip Curl Malaysia:
Rip Curl KLCC
Rip Curl Fahrenheit 88
Rip Curl 1 Utama
Rip Curl Sunway Pyramid
Rip Curl Wangsa Walk
Rip Curl Suria KK
Rip Curl Jesselton Point KK
Rip Curl Plaza Merdeka Kuching
Rip Curl Johor Premium Outlets
Outlet Parkson terpilih