Label fesyen popular Singapura, Love, Bonito bergabung bersama fashion darlings, Maria Elena Zarul, Raja Nadia Sabrina dan Shea Rasol untuk menjadi tuan rumah sebuah parti fesyen di Ben’s, Publika baru-baru ini. Mereka telah berkongsi tip penggayaan mereka dengan mewujudkan pakaian harian yang bergaya menggunakan pilihan pakaian dan aksesori yang pelbagai dari Love, Bonito.
Dihoskan oleh Joyce Wong aka KinkyBlueFairy, pertemuan tersebut menyaksikan tiga personaliti fesyen terkemuka tersebut membuat tiga penggayaan pakaian kontemporari dengan pilihan pakaian dari Love, Bonito bersama aksesori kegemaran mereka.
Ibu bergaya, Maria Elena Zarul, mencipta silhouettes feminin lagi funky yang menekankan gaya versatil, keselesaan dan pergerakan yang mudah.
Raja Nadia Sabrina mengetengahkan gaya sophisticated yang mencerminkan gaya harian beliau yang kuat, tetapi feminin. Beliau menampilkan pakaian dalam tona warna kegemarannya iaitu nude dan biru.
Shea Rasol pula menonjolkan pakaian yang memancarkan imejnya yang penuh keayuan, gabungan klasik dan moden dengan gaya tersendiri melalui penggayaan maxi skirt yang glamor bersama statement pieces dan cetakan bunga.
Sejak melancarkan pop-up store pertama di Publika Shopping Gallery pada Oktober yang lalu, Love, Bonito telah menjadi buah mulut dalam kalangan wanita di Malaysia. Terkenal dengan fesyen berkualiti tinggi dan mengikut trend fesyen terkini, label fesyen dalam talian Singapura itu terus memperkasakan wanita melalui gaya.
Pengasas bersama, Viola Tan mengesahkan flagship retail store Love, Bonito yang pertama bakal dibuka di Malaysia. Nantikan berita lanjut mengenai itu tidak lama lagi. Sila layari Love, Bonito untuk melihat koleksi fesyen yang bergaya dan versatil keluaran mereka!