Sebagai orang Asia, kita inginkan tona kulit yang lebih cerah dan berseri, walaupun ia bukan mudah dikecapi, terutama di Malaysia di mana cuacanya panas sepanjang tahun dan kulit kita terdedah kepada sinaran UV setiap hari.
Berdasarkan hasil penyelidikan biologi molekul selama bertahun-tahun, Cosme DECORTE menyediakan penyelesaian yang berkesan dengan rangkaian produk penjagaan kulit pencerah serba baharu: Cellgenie White. Dengan mengawal faktor-faktor yang memberi kesan negatif kepada kulit, Cellgenie White menggabungkan kebijaksanaan turun temurun dengan penyelesaian yang canggih untuk memberi anda kulit yang berseri dan mulus yang juga mempunyai keupayaan untuk menangkis UV dan kerosakan disebabkan oleh persekitaran yang lain.
COSME DECORTE bermula dengan andaian bahawa keupayaan kulit untuk pulih sendiri boleh diperolehi semula dengan menghalang suis yang mengawal hiperaktiviti keratinocyte, maka akan merencatkan rantaian tindak balas; lalu terciptalah Illuminate AI Complex.
Illuminate AI Complex menggunakan kuasa dua tumbuhan yang berbeza Alnus Firma dan Inula Britannica –
Ekstrak Alnus Firma berasal daripada kon pokok, yang mengandungi bahan-bahan yang bermanfaat untuk kesihatan. Dengan sifat astringen yang kukuh, ia biasa digunakan untuk merawat luka terbakar dan kecederaan berkait dengan kesejukan. Kebaikan antioksidanya yang mujarab juga melindungi sel-sel daripada kerosakan UV.
Inula Britannica pula berasal dari bunga tumbuhan saka yang tergolong sebagai genus Inula daripada kumpulan Asteraceae. Asteraceae mempunyai ciri-ciri antioksidan yang kuat dan juga mempunyai keupayaan untuk menyekat pengeluaran melanin.
Rangkaian penjagaan kulit COSME DECORTE Cellgenie White terdiri daripada 7 jenis produk, yang digunakan mengikut urutan yang berikut:
Cellgenie Cleansing Oil (Minyak Pembersih); 200ml, RM172
Menanggalkan mekap dan sebum teroksida untuk mendapatkan kulit mulus. Dengan penggunaan yang berterusan, kulit menjadi licin, bebas cela dan berseri.
Cellgenie Facial Wash White (Pembersih Muka Cellgenie); 125g, RM153
Dapatkan buih dan busa halus yang menanggalkan kotoran yang menyebabkan kulit menjadi kusam dan kasar daripada permukaan kulit.
Cellgenie Emulsion White / Cellgenie Emulsion White ER (Extra Rich); 200ml, RM268
Melegakan kulit jauh dari dalam di strateum korneum, yang menjadikan kulit lebih lembut dan gebu. Boleh didapati dalam dua tekstur: Normal dan Extra Rich untuk disuaikan dengan keperluan kulit anda.
Cellgenie Lotion White / Cellgenie Lotion White ER (Extra Rich); 200ml, RM286
Memulihkan kulit dengan kelembapan untuk kecerahan cela jelas. Meningkatkan kejelasan kulit dan menyediakannya untuk menerima kebaikan krim muka ini. Didapati dalam dua tekstur: Normal dan Extra Rich yang sesuai dengan keperluan kulit anda.
Cellgenie Cream White; 30g, RM306
Langkah terakhir dan sentuhan untuk kulit yang jelas berseri dan kulit kekal mulus lebih lama.