Jika anda seorang wanita bujang yang suka mengembara atau anda tinggal bersendirian, anda harus menitikbertkan soal keselamatan diri anda. Wanita mudah terdedah kepada jenayah yang berlaku di luar, jadi hari ini kami kongsikan kepada anda 10 tip keselamatan untuk wanita yang wajib anda baca.
1. Waspada
Anda perlu sentiasa peka mengenai situasi di sekeliling anda. Jika anda peka dalam perkara ini, anda boleh mengelakkan apa-apa hal tidak baik daripada berlaku kepada anda. Kesedaran anda boleh membantu anda kekal berada di dalam zon yang selamat dalam kehidupan.
2. Guna Naluri Anda
Anda mempunyai naluri yang boleh membantu anda untuk kekal selamat. Jika anda berfikir bahawa tempat tertentu itu mungkin tidak begitu selamat untuk anda, anda hanya perlu mengikut naluri anda dan elakkan daripada pergi ke situ. Hal kecil seperti ini mampu menyelamatkan diri anda daripada bahaya.
3. Belajar Teknik Pertahanan Diri
Cara terbaik untuk kekal selamat adalah dengan mempelajari teknik pertahankan diri. Belajar beberapa asas pertahanan diri supaya anda boleh mengelakkan serangan yang mungkin berlaku ke atas diri anda. Ia juga mampu memberikan keyakinan pada diri anda untuk keluar dan berasa selamat.
4. Lari Dengan Cepat ke Tempat Selamat
Ia adalah sukar untuk melarikan diri dari tempat kejadian jenayah yang berpotensi, tetapi jika anda tidak boleh melawan, hanya larikan diri dari tempat itu dan bersembunyi di suatu tempat yang selamat. Anda boleh kekal selamat dengan berbuat demikian.
5. Kuatkan Diri
Kekal kuat dalam apa-apa keadaan yang boleh mencetuskan masalah. Jika anda panik atau menunjukkan kebimbangan pada wajah anda, anda sebenarnya akan mendapat lebih kesusahan. Ia bukanlah mengenai kuat secara fizikal; ia juga mengenai bagaimana ketahanan mental anda berada dalam setiap situasi tegang.
6. Guna Semburan Lada
Semburan lada merupakan senjata pertahanan diri paling mudah yang boleh anda gunakan saat berada dalam situasi berbahaya. Ini adalah cara yang paling selamat untuk pertahankan diri anda daripada masalah yang tidak diduga. Anda hanya perlu menyimpannya di dalam beg tangan, dan gunakan ketika perlu.
7. Keselamatan Rumah
Nah, jika anda tinggal seorang diri, anda boleh pasangkan sistem keselamatan rumah. CCTV atau interkom boleh membantu anda kekal selamat sepanjang berada di dalam rumah. Ini adalah cara terbaik untuk merasa dilindungi dan terjamin ketika tinggal keseorangan di rumah.
8. Kunci Pintu
Kuncikan semua pintu di rumah anda semasa tidur atau apabila anda keseorangan di rumah. Ia juga penting untuk anda mengunci pintu kenderaan semasa memandu. Perkara-perkara kecil seperti ini boleh membantu anda daripada terjebak dengan masalah yang besar.
9. Hati-Hati Dengan Media Sosial
Jangan sekali-kali menyiarkan gambar seksi anda di laman media sosial kerana mereka akan mudah disalahgunakan. Pastikan pilihan privasi anda adalah peribadi dan bukannya awam. Jangan berikan kata laluan anda kepada orang yang anda tidak kenal. Keselamatan siber adalah penting jika anda kerap menggunakan internet.
10. Kekal Positif dan Yakin
Jika anda positif dan yakin dalam kehidupan, anda boleh kekal selamat. Ia semua bergantung kepada sikap anda. Dengan sikap yang tenang dan tidak mudah panik, anda boleh memberi gambaran bahawa anda cukup kuat untuk menghadapi apa sahaja keadaan, ia sekaligus memberikan kesan positif ke dalam diri anda.