Bila menyebut tentang projek DIY untuk tempat menyimpan bahan dan alatan solekan yang banyak, sudah tentu kita agak keberatan untuk melakukannya, kerana ia melibatkan bahan-bahan seperti kayu, paku, tukul dan sebagainya. Atas hakikat tempat menyimpan bahan dan alatan solekan merupakan suatu keperluan penting, namun kita tidak mempunyai masa untuk DIY, ini merupakan penyelesaian kepada masalah tersebut yang boleh didapati dengan mudah di kedai-kedai ataupun mungkin juga ada di rumah anda, yang anda terlepas pandang selama ini.
Jom tengok!
#1
Untuk pensel bibir, liner, berus, dan banyak lagi, ada boleh simpan di dalam pasu kecil ataupun tembikar. Ia adalah salah satu pendekatan kegemaran kami, kerana terdapat banyak reka bentuk, warna, dan juga bentuk untuk dipilih.
#2
Mudah dan mampu dimiliki, bekas plastik murah ini menukarkan laci biasa anda kepada penyelesaian penyimpanan bahan dan alatan solekan yang praktikal.
#3
Untuk semua peminat lilin mewah di luar sana, DIY mudah ini adalah cara yang sempurna untuk menggunakan bekas lilin lama menjadi sesuatu yang berfungsi dan cukup menarik!
#4
Jika anda bernasib baik untuk mempunyai ruang meja solekan seperti ini, dunia penyusunan dan penyimpanan mekap adalah milik anda! Bekas lutsinar pada dinding sesuai untuk menyimpan barang-barang yang lebih besar, manakala kotak yang lebih kecil boleh diatur pada desktop untuk penyimpanan mudah.
#5
Jika koleksi mekap anda adalah besar, ambil idea daripada penganjur kraf genius dan melabur dalam almari yang besar seperti ini, yang mempunyai banyak ruang dan rak bagi memudahkan penyimpanan barangan anda.