dressingpaula melancarkan cawangan terbarunya hari ini yang berlokasi di tingkat 1 (Lot F-047) Mid Valley Megamall. Pelancaran ini juga bertepatan dengan pelancaran koleksi Musim Bunga/ Panas 2015. Kedai baru ini merangkumi kawasan permukaan sebanyak kira-kira 1,100 kaki persegi yang didedikasikan khas untuk koleksi sedia pakai dan aksesori wanita.
Koleksi ini menampilkan potongan klasik dengan sentuhan moden, selaris dengan slogan dressingpaula iaitu ‘Women before Clothes’. Menggabungkan pakaian ruji dengan reka bentuk dan warna minimalis, koleksi ini dilihat turut menggunakan bahan fabrik seperti jacquard, sutera, neoprene, sifon, jaring, tweed dan elemen satin dengan warna-warna asas pastel, nude, kelabu, putih dan biru gelap.
Koleksi musim Bunga/ Panas 2015 ini bermula dari harga RM59.90 ke RM189.90.