Sempena sambutan Hari Ibu, PETPET membuat lawatan istimewa mengunjungi ibu-ibu di Hospital Kuala Lumpur berserta sumbangan produk rangkaian PEPET baharu dengan bungkusan yang menyegarkan dan fungsi yang ditambah baik.
PETPET menyumbang kepada 100 ibu dengan bungkusan PETPET baharu untuk bekalan lampin selama dua bulan. Antara wakil utama yang hadir di Wad Bersalin HKL adalah Cik Low Chooi Hoon, Pengurus Besar Disposable Soft Goods (Malaysia) Sdn Bhd dan Dr Pakirisami Baskaran P. Thangavelu, Timbalan Ketua Jabatan & Pakar Perunding Kanan Obstetrik dan Ginekologi (O & G), Hospital Kuala Lumpur.
Wajah baharu PETPET direka dengan konsep “bayi yang gembira adalah ibu yang gembira”. Berdasarkan konsep tersebut, Happy Comfort berusaha untuk menghasilkan lampin terbaik yang dapat memberikan keselesaan maksimum kepada bayi, sekaligus memberikan pengalaman ibu yang menyenangkan. Pembungkusan semula pita lampin PETPET yang direka dengan fungsi baharu seperti mesra kulit dan mempunyai pelbagai ciri-ciri lain yang telah direka dengan teliti untuk keselesaan bayi dan kemudahan ibu.
Selain itu, rekaan pita lampin PETPET adalah khas untuk kulit halus bayi kerana ia mengutamakan faktor keselesaan bayi dan ini adalah jaminan kami kepada ibu-ibu. Dengan siri PETPET Happy Comfort, ibu-ibu akan yakin dengan keselesaan lampin yang dipakai oleh bayi.
Antara ciri-ciri baharu lampin PETPET adalah termasuk fungsi lebih lembut pada lembaran lampin, ciri pakai Snug-fit dan Cepat DRI-Comfort yang dapat mengunci cecair serta-merta untuk mengelakkan pengaliran balik dan ketirisan. Dengan itu, ia akan memastikan permukaan kering pada kulit yang mana menghalang kerengsaan dan ketidakselesaan kulit.
Wajah baharu pita lampin PETPET boleh didapati di semua pasar raya, pasar raya besar, pasar mini, kedai runcit, pusat bayi, farmasi dan kedai ubat cina.