Pening memikirkan bagaimana untuk mengemas dan mencuci kekotoran yang berlaku di dalam rumah? Kini, anda tidak perlu risau, anda boleh gunakan trik dan tip cara Jepun yang penuh kreativiti ini.
Situasi #1: Kita semua pasti biasa terpecahkan telur dan ia berkecai dan mengotorkan lantai, bukan? Memang agak rumit apabila memikirkan harus mencuci telur pecah yang melekit itu.
Penyelesaian: Anda hanya perlu taburkan garam pada telur yang pecah itu dan biarkan seketika untuk garam itu larut. Kerana apa? Kerana apabila garam itu larut dalam lipoprotein yang ada pada telur, ia akan mengubah tekstur telur daripada melekit kepada kurang melekit dan mudah untuk dicuci.
Situasi #2: Kami yakin ramai yang suka minum kopi. Kadangkala ada masanya, secara tidak sengaja kita akan tertumpahkan kopi itu di atas baju. Mungkin kesan kotoran kopi itu boleh dicuci dengan peluntur, namun bagaimanaa pula sekiranya pakaian itu berwarna?
Penyelesaian: Cara terbaik menghilangkan kesan kopi atas pakaian adalah dengan merendam sayur bayam di dalam air. Kemudian, gunakan air rendaman bayam itu tadi bersama berus gigi untuk menanggalkan kesan degil kopi dari baju. Ini kerana, bayam mempunyai asid oxalic dan ia bagus dalam menanggalkan kesan kotoran. Namun, trik ini hanya berkesan pada pakaian berwarna sahaja, kerana pigmen hijau yang ada pada bayam akan melekat sekiranya digunakan pada pakaian berwarna putih.
Situasi #3: Semua pasti biasa mengalami situasi dimana terpecahkan cawan atau pinggan kaca, dan susah untuk dibersihkan, terutamanya jika ia melibatkan kaca-kaca halus. Biasanya, kita akan vacuum ataupun sapu serpihan kaca tersebut, bukan?
Penyelesaian: Lupakan vacuum, anda boleh gunakan roti untuk menangkap serpihan-serpihan kaca yang bertaburan itu. Jika ada roti yang sudah tamat tarik luput lagi bagus! Roti dipercayai mampu mengambil setiap serpihan kaca pecah walaupun kaca itu sangat halus.
Mudahnya! Selamat mencuba!
Sumber: jurnalnutrisi.com