Cuteness overload! Pelakon Korea, Song Il Kuk dan The Return of Superman triplets Manse, Minguk dan Daehan telah dipilih sebagai muka baru Minute Maid, jenama yang hampir sinonim dengan jus oren. Berikut adalah gambar-gambar awal dari TV komersial baru mereka, malah, Song Il Kuk juga mendedahkan rahsianya untuk menjaga kanak-kanak yang aktif dan riuh dalam memberi tumpuan ketika penggambaran komersial.
Menurut Song Il Kuk, bagi membolehkan penggambaraan berjalan dalam keadaan baik, dia akan menggunakan teknik “10 second method”. Apabila 3 kanak-kanak ini hilang tumpuan, dia akan membiarkan mereka melakukan apa sahaja yang mereka mahu untuk sepuluh saat. Kaedah ini dikatakan berhasil dalam membiarkan anak-anak mendapatkan masa bermain mereka dan membantu mereka menumpukan perhatian ketika mereka perlu.
Komersial Minute Maid baru ini akan dikeluarkan pada pertengahan bulan Mei. Tak sabar nak tengok aksi the triplets yang serius comel ini.