Keupayaan badan untuk menghasilkan kolagen berkurangan apabila meningkatnya usia. Menurut kajian terkini, kadar kehilangan kolagen adalah 6% setiap tahun selepas usia 25 tahun, menyebabkan keadaan seperti kedutan dan tanda-tanda penuaan.
Untuk mengelakkan kedut dan garis-garis halus, For Beloved One telah melancarkan “Supreme Collagen Essence” yang berkesan, boleh menembusi dan membaiki kulit anda, menjadikan ia licin dan halus, dengan itu mengembalikan kulit anda kepada keremajaannya.
Bahan utama essence ini adalah kolagen marin laut dalam yang tidak tercemar. Aplikasi produk ini sendiri sahaja sudah berkesan untuk membaiki, melembap, menegangkan dan menghalang kedutan pada kulit wajah. Essence ini juga boleh digunakan bersama produk penjagaan kulit yang lain untuk membantu kulit anda menambah kolagen setiap hari, memperbaiki keadaan kulit dan mengembalikan keserian dan keremajaannya.
Penambahan beberapa titis kolagen kepada produk penjagaan kulit anda yang sedia ada boleh memaksimumkan kesan rejim penjagaan kulit anda dengan penembusan essence yang lebih mendalam dan lebih cepat. Dengan kesan dua kali ganda, Supreme Collagen Essence ini adalah penyelesaian penjagaan kulit terkini dengan mudah dapat memulihkan daya tahan dan kulit wajah yang lebih berseri.
Cara Penggunaan
1. Apabila digunakan dengan sendiri
Selepas rutin penjagaan kulit asas, urut lembut jumlah essence yang sesuai pada wajah sehingga ia diserap sepenuhnya. Hasil yang menakjubkan boleh dilihat dengan penggunaan yang teratur.
2. Apabila digunakan bersama produk penjagaan kulit harian
Letakkan produk penjagaan kulit harian anda pada tapak tangan, dan tambahkan 1-2 titis essence ini di atasnya. Kulit anda akan menyerap produk tersebut dengan lebih cepat, mencapai kesan yang lebih baik.
Harga & Pasaran
17 ml / botol, RM 135. Boleh didapati di SEPHORA.