Masalah rambut mungkin menyebabkan kita tidak yakin malah tertekan. Pelbagai cara dilakukan bagi mengatasi masalah ini. Kini, terima kasih kepada CLEAR.
Menerusi kajian yang telah dijalankan selama 15 tahun di institut kajian kulit kepala di Paris, Perancis, teknologi terbaru CLEAR adalah rangkaian produk penjagaan rambut yang paling komprehensif termasuk syampu yang terbukti secara klinikal. Malah, penemuan formula baru itu membantu mengaktifkan lapisan perlindungan kulit kepala secara semulajadi selain membantu menghalang pertumbuhan semula kelemumur. CLEAR memahami keperluan yang berlainan untuk rambut lelaki dan wanita, dan telah memformulasikan penyelesaian secara spesifik dalam mengatasi masalah rambut mereka.
Diformulasikan dengan Nutrium 10, kandungan nutrien penyuburan yang unik dan hebat, teknologi CLEAR terbukti mampu meningkatkan tahap kesuburan kulit kepala, membantu mengekalkan sistem perlindungan dan memberi kesan efektif dalam membasmi masalah kelemumur. Selain itu, ia juga terbukti secara klinikal membantu untuk mengekalkan lipid, struktur komponen sel membran yang paling diperlukan untuk kulit kepala yang sihat. CLEAR Women adalah perawat Anti-Kelemumur yang terbaru yang tidak lagi tertumpu hanya untuk membasmi Malessezia, tetapi juga membantu mengekalkan kesihatan dan menyuburkan kulit kepala untuk perlindungan berterusan.
Sebaliknya, kulit kepala lelaki lebih cenderung dengan masalah kelemumur kerana cara hidup yang berbeza, dan persekitaran. Dalam aspek fisiologi, kulit kepala lelaki lebih banyak menghasilkan sebum dan lebih cenderung kehilangan protein berbanding wanita. Pakar Kulit Kepala CLEAR Unilever telah menghasilkan formulasi spesifik untuk kaum lelaki dalam membantu mereka mengatasi masalah ini. Ia mengandungi Bio Nutrium 10 yang memanfaatkan kuasa Climbazole, bahan aktif yang dihasilkan oleh Unilever yang tidak cuma membasmi kelemumur dari akarnya, tetapi juga mampu meningkatkan penghasilan protein, keperluan utama dalam memiliki sel kulit kepala yang lebih kuat bagi membantu meningkatkan kemampuan perlindungan kulit kepala.
Bukan itu sahaja, pelakon tempatan Shaheizy Sam and Juliana Evans mendapat kepercayaan untuk dilantik sebagai Ejen Berkeyakinan CLEAR untuk memberi inspirasi keyakinan kepada pengguna. Kedua-dua personaliti ini cukup dikenali dengan kejayaan dan minat mereka dalam bidang yang diceburi, Shaheizy dan Juliana menggalas tanggungjawab untuk memberi inspirasi kepada pengguna agar tidak menjadikan masalah kelemumur sebagai penghalang utama untuk mencapai impian mereka.