Wanista pasti mana-mana ibu bapa dengan bayi atau anak-anak kecil tahu bagaimana rasanya untuk mengelak menonton filem di pawagam kerana takut mengganggu pelanggan lain dengan kerenah anak-anak mereka. Sekarang, tidak lagi.
Terima keasih kepada TGV Cinema Family Friendly Sessions, anak-anak anda kini boleh bercakap dan berkeliaran bebas semasa anda menikmati filem di pawagam. Jangan bimbang kerana anda tidak mengganggu pelanggan lain.
Apa yang menarik di TGV Cinema Family Friendly Sessions adalah selain membolehkan bayi anda menangis dan kanak-kanak hiperaktif ketika di pawagam, sesi ini juga bertindak memberikan pengalaman yang selesa untuk seisi keluarga. Malah, disediakan juga tempat/meja menukar diaper dan tong sampah untuk kemudahan ibu bapa.
Sesi ini boleh didapati di TGV Cinemas 1 Utama dan adalah sah untuk tajuk terpilih sahaja. Untuk maklumat lebih lanjut kunjungi tgv.com.my.