Sebuah klip video yang memaparkan seorang pegawai polis mengugut peminjam wang tanpa lesen kini viral di media sosial. Video berdurasi 50 saat itu menunjukkan seorang anggota polis, dipercayai Ketua Balai Polis Menglembu, ASP Chen Ah Koy memberi amaran kepada peminjam wang tanpa lesen atau ‘ah long’ untuk menangkap mereka, sekiranya beroperasi di kawasan Menglembu.
“Masuk saya punya area (kawasan), ah long 10 mari, 10 saya bunuh. Kalau berani, tak puas hati panggil lawyer jumpa saya.
“Jangan ganggu saya punya area Menglembu, ini sticker yang gantung ah long, saya tidak makan duit ah long tau. OCS tak makan duit ah long. Saya tidak mahu DAP komplen, MCA komplen kat saya,” katanya.
Dalam video berkenaan, ASP Chen Ah Koy turut mencabar ‘ah long’ untuk bertarung satu lawan satu dalam dialek Cina.
“Ah long mari jumpa saya, Kita ‘Chek Chow’, kita bertarung, you ada pistol, keluarkan ah long, saya tahu ah long ada pistol, pergi Thailand beli,” katanya.
Dalam video berkenaan juga terdapat seorang lelaki yang tidak dikenali memegang kain rentang pinjaman wang tanpa lesen seperti yang biasa dilihat di tepi-tepi jalan.
Sumber: The Rakyat Post