Menambah kepada senarai aktiviti yang berorientasikan keluarga, The School di Jaya One kini menganjurkan Cabaran Rainbow Loom pada 24 Mei 2015 dengan kerjasama Craft Space dan The Red Cherry.
Catering untuk maksimum 50 peserta, cabaran ini akan berlangsung dari pukul 11 pagi hingga 4 petang dan terbuka kepada kanak-kanak berusia antara 8 dan 16 atau lebih.
Untuk layak menyertai cabaran tersebut, orang ramai perlu membuat pembelian minimum RM50 dalam satu resit, sama ada daripada kedai pop-up The Red Cherry atau Craft Space, yang kedua-duanya terletak di The School. Peserta dengan ciptaan yang paling asli dan kreatif bakal berpeluang untuk membawa pulang hadiah-hadiah hebat secara keseluruhan bernilai kira-kira RM2,500.
Inisiatif ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan The School untuk sentiasa memperkenal aktiviti menarik yang lebih menyeronokkan, disamping membolehkan ahli keluarga mendekatkan diri sesama mereka.
Pendaftaran Cabaran Rainbow Loom ini berakhir pada 22 Mei 2015 pada pukul 8 malam. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web The School di www.theschool.my atau laman Facebook di www.facebook.com/theschool.my.