Terkini, terdapat satu trend kecantikan pelik melibatkan pensil warna sebagai alatan mekap – celak dan gincu mengundang bahaya pada kesihatan.
Blogger kecantikan, Brook Eve telah mewujudkan satu tutorial mekap menggunakan set pensil warna dan menegaskan ianya dijamin ianya selamat 100%. Video tutorial bertajuk “How to make crayola coloured pencil eyeliner”, menunjukkan cara penggunaan pensil warna yang diletak dalam segelar air sebelum menggunakannya pada mata dan bibir.
Satu lagi blogger, Brandy Willans, menulis di salurannya : “Jangan bimbang jika anda menggunakan ini di mata kerana ianya nontoxic“.
Terdapat juga beberapa video dalam talian menunjukkan bagaimana untuk membuat gincu daripada Crayola krayon lilin. Disebabkan trend kecantikan itu, Crayola tampil menyatakan dengan jelas bahawa bahan-bahan mereka tidak diluluskan oleh FDA untuk digunakan dalam kosmetik.
“Walaupun produk kami bukan toksik tetapi kami tidak menyarankan anda menggunakannya untuk membuat gincu, celak dan lain-lain malah sangat tidak menggalakkan penggunaannya dengan cara ini. Crayola tidak direka, diuji atau diluluskan untuk tujuan ini.
“Sebagai pengeluar produk kanak-kanak, keselamatan adalah keutamaan kami,” kata syarikat itu dalam satu kenyataan di laman webnya.